Tenaga Pengajar / Konsultan



Fathi Alias
Master Trainer / Ketua Pegawai Operasi CTC

Fathi Alias atau nama sebenarnya Ahmad Fathi Bin Alias, memulakan kerjaya beliau didalam bidang pendidikan apabila dilantik menjadi pensyarah di Jabatan Asasi, Universiti Limkokwing di Cyberjaya. Sewaktu berkhidmat disini selama hamper tiga tahun beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pusat Penyelidikan yang mengfokuskan perkembangan university di dalam Negara. Antara kajian dibawah seliaan beliau ialah, pembangunan cawangan Universiti Limkokwing Kelantan, pembangunan Pusat Batik Limkokwing dan yang terakhir pembangunan cawangan Limkokwing Bali. 
Setelah itu beliau telah dipanggil oleh kerajaan negeri Kedah dibawah agensinya Kolej Universiti Insaniah bagi membuka sebuah kuliyyah pengajian baru iaitu Kuliyyah Multimedia dan Kreativiti. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi bagi anak syarikat milik Kolej berkenaan. Setelah lebih setahun berkhidmat beliau diserapkan pula ke Insaniah Holding Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Operasi holding. Disini beliau diberi tanggungjawab untuk mentadbir dua jabatan iaitu Jabatan Pemasaran dan Jabatan Pengurusan Event. 
Sewaktu bertugas di Kolej Universiti Insaniah ini beliau dilantik sebagai Felo di Kuliyyah Multimedia dan Kreativiti dan sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Umum.
Setelah hampir tiga tahun bersama Kolej Universiti Insaniah beliau mengambil keputusan tegas untuk bergerak sendiri dengan menubuhkan sebuah agensi perundingan dan latihan. Beliau kini merupakan Konsultan Kanan di Creative Thinker Consultant. Beliau telah banyak memberi latihan berkaitan kreativiti sama ada diperingkat pelajar sekolah, universiti mahupun pegawai-pegawai kakitangan kerajaan dan swasta.

Kursus-Kursus Kendalian
Jabatan Kerajaan dan Swasta
- Kursus Pengurusan Krisis
- Kursus Pengurusan Krisis Bencana
- Kursus Pengurusan Masa Efektif dan Kreatif
- Kursus Khidmat Pelanggan dan Memahami Pengguna Akhir
- Kursus Transformasi Personaliti Transformasi Prestasi
- Kursus Mengenal Personaliti Diri
- Kursus Bijak Gender

Sekolah Menengah dan Institut Pengajian Tinggi
- Bengkel Kemahiran Belajar Menggunakan Skrip Minda (evolusi peta minda)
- Bengkel Last Minute Study SPM, PMR dan UPSR




TUAN SYAHRUL NIZAM JUNAINI
Konsultan Bersekutu

Beliau merupakan seorang ahli akademik, penulis, penyelidik, trainer, k-usahawan, panel Motivasi Pagi TV3 (2011) dan pendakwah bebas. Senarai buku hasil tulisan beliau:- Pengaruh Gaya Trump (2011), Seni Bahasa Badan (2011), Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni (2010) , Persembahan Hebat dengan PowerPoint, edisi kemaskini (2010) dan Anakku Celik Komputer (2009). Beliau menghimpunkan ilmu komunikasi efektif, dikutip daripada pengalaman menuntut dalam ijazah Sarjana Komunikasi Media dari University of Bradford, United Kingdom. Beliau juga pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

 Kursus-Kursus Kendalian
 Jabatan Kerajaan dan Swasta
- Kursus Ilmu pengaruh dan kemahiran memujuk
- Kursus Pemasaran berpengaruh dengan FB dan Blog
- Kursus Komunikasi berkesan dengan bahasa badan
- Kursus Pembentangan hebat dengan PowerPoint
- Kursus Teknik menulis ucapan dan pengucapan awam berpengaruh
- Kursus Motivasi bisnes gaya Donald Trump

Masih dalam pembikanan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan